Monday, December 31, 2012

q w EX c v b n m ♥

0 bebelan
Assalamualaikum. Hai! :) Lama rasanya tak update blog ni. Setahun lebih dah. Berhabuk dah ni *tiup*

So, hari ni, 31 December 2012 merupakan hari terakhir dalam tahun ni. And yes, I am very sure banyak sangat kenangan dalam tahun ni kan? Kaaaan? Hahaha. Same goes to me. Gembira, sedih, luka lara semua ada ah. Samaaa macam aku jugak :) Tapi rasanya tahun ni lagi banyak gembira dari sedih. Rasanya la kan. Aku ada benda nak cerita sebenarnya ni. Tapi aku tak tahu nak start cerita macam mana. Hahaha. Maklum ler, dah lama tak berkarya dalam blog ni. Ewah.

Okay first, Aku rasa cerita ni tak berapa nak menarik. Tapi aku nak cerita jugak. Peduli hapee. Blog hakuu kan. Awak tak suka awak boleh angkat muntot awak dari blog ni. Ekekeke.

Macam ni. Two weeks ago rasanya aku break dengan Wafi. Kenal Wafi? Hahahaha. He's my ex. Setahun 4 bulan 6 hari dengan dia :) Budak dalam entry sebelum ni, Tekan ni [Link] . Ha tu dia. Hihi. Sebelum ni kitorang kawan. Hari-hari text, on the phone sampai Subuh semua. Kalau online masing-masing mesti cari masing-masing. Konon saling memerlukan la katak0o0 ~ Hahaha. Okay, lepas tu entah macam mana entah aku boleh TER-ada hati dekat dia. Dan aku pun cerita dekat dia. Dia gelak-gelak do bila aku cerita. Ingat aku main-main agaknya -.- Lepas tu entah macam mana dia ajak buat dekat fake relay. Masa tu zaman facebook. Tak ada twitter twitter semua ni. Cinta buku en en en. Pastu aah okay stop. Eh weh. Ni cerita tahun lepas ah. Bukan benda ni yang aku nak cerita. Lain lain.

Okay macam ni. Aku dah break dengan dia two weeks ago. Atas sebab tertentu. Aku malas nak cerita apa sebab dia sebab aku rasa tak perlu dan agak menyakitkan hati bila diingatkan balik. Nevermind. Aku dah lupakan. Aku dah maafkan :') Sehari lepas aku break dengan dia tu, aku couple dengan orang lain. Mula-mula couple dengan dia ada la rasa bahagia. Betul, ada. Lepas tu dah seminggu, aku rasa macam lain. Lain sangat. Something wrong. Tapi aku tak tahu apa yang lain.

Kelmarin petang, aku keluar dengan makcik aku. Masa aku tengah on the way keluar rumah tu aku nampak Wafi. Dia bawak motor. And I was like.... Ya Allah, rindunyaaa dekat awak. Masa aku nampak dia tu mata aku macam pedih. Tiba-tiba airmata jatuh. Ahh.. Ni yang tak suka. Aku lap. Terus cover yang macam aku okay. Sejak dari tu yang aku rasa aku dah jumpa apa yang tak cukup dekat diri aku. Him. Yes, him. Dia yang buat aku rasa ada kurang dalam diri aku ni.

Lepas aku nampak dia tu, rasa rindu ni makin membuak-buak. Betul, tak tipu. Aku rasa aku nak bagitahu dia yang aku rindu dia. Tapi... macam mana? Aku text Kak Lysa. Aku cerita dekat dia sebab dia je yang rapat dengan Wafi. So I told her. Dia gelak bila aku cakap aku rindu Wafi. Hello. Ughh. Tak salahkan nak rindu ex? Dia yang pernah bahagiakan kita dulu. Tapi Kak Lysa cakap dia akan bagitahu Wafi bila Wafi tegur dia nanti. Okay, boleh tunggu lagi.

Then semalam aku rasa makin teruk rindu. Hahaha ;P Aku text Kak Lysa lagi. Dia suruh aku yang text Wafi. Doo, takkan aku nak text. Nanti dia tak balas macam mana? Malu ah nanti. Tapi tak peduli la. Aku text dia jugak masa tu. Even sekejap tapi kira cukup sebab aku dah boleh tersenyum bila dia balas :') Then malam aku try call dia. Pukul 4.30 pagi. Dia angkat. Aku macam... aaaa weh. Dia pick up call aku dooo :'O Hahaha k. Borak kejap je la. Dia cakap nanti call balik. Okay then, aku tunggu :) Dah 10 minit macam tu dia text cakap call balik. Aku pun call la pastu borak macam biasa tapi kali ni lama. 1 jam sebab aku cakap dekat dia aku dah tak pakai phone dah lepas ni sampai habis PMR. Tapi seriously best sangat on the phone tengah malam tadi. Enjoy ah sebab dah seminggu tak dengar suara kan. Sampai pukul 7 aku call. Sanggup SOS Topup :P Suara dia comel sangat! Ahh, gonna miss him so much! :'< Tapi kaaaan dia dah ada pengganti. Hahah. hope bahagia ah. Semoga kekal ke anak cucuwwww uhukkk -..-

So, hari ni 31 December 2012 kan. Aku teringat 31 December 2011 dulu.. Masa tu aku ada cakap dekat dia. Aku nak on the phone dengan dia dari pukul 11.59 p.m sampai 12.01 a.m. Bahagia sangat masa tu oh. Tak boleh lupa sampai sekarang. Kononnya nak sambut akhir tahun & awal tahun bersama la kaaaaan. Masa on call tu dua-dua tengok bunga api. Even jauh tapi ahh kira okay ah tu. Ahh tu semua kenangan siaaaa. Bila ingat balik mesti leleh. Menyampah betul! Ishh.

Okay cukup untuk entry kali ni. Panjang dah aku rasa. Hahahah tak apa la. Bukan selalu ye dak? So, aku dekat sini just doakan yang terbaik untuk Wafi *tangan kedada mata keatas* HAHAHAHAHA! Woi tak baik. By the way, thanks for everythings, thanks for all the memories. Thanks sebab layan aku dengan baik dulu.Aku hargai semuanya. Aku doakan kau bahagia & jumpa perempuan yang boleh bahagiakan kau. Semoga bahagia dengan Cik Citi kesayangan. HAHAHAHAHAHAH! Ok bye xD

Nah, for the last. The memory will never die :')



*Saya gurau-gurau je. Jangan marah jangan ambik hati eh xD Heheheh :3




Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕