Friday, August 12, 2011

T.U.E.S.D.A.Y :)

0 bebelan
Dang, we text each other a lot :)

Nampak gambar atas tu? Kenal tak siapa tu? Kenal tak?
Ni namanya budak GILA :)
Hee, Wafi, jangan marah eh. Be cool babeh, COOL ^^

Post kedua dalam bulan lapan. Susah nak cari idea nak menaip -.-

Haa, okay. Budak atas tu nama dia Akmal Wafi [link] <-- Sila tekan untuk cari jodoh. Muehehehe :3 Actually aku baru kenal dia. Err, baru ke? 3 months ago. Baru lah tu kan? Cuma baru 2 bulan kitorang rapat. Ecehh. Wafi, kalau kau baca ni, tolong jangan fikir bukan-bukan  :P 

*Abaikan dua orang sebelah kanan tu

Tu diaa. Yang pakai baju hitam putih yang comel tu. Comel ke? Tak pun :P 

Okay, start cerita sekarang. Dia suka carik pasal dengan aku. Suka cari masalah dengan aku. Dia suka buat aku sakit hati dengan dia. Dia kuat touching macam perempuan.  Dia suka panggil aku BATMAN :( Iteww tak cuke ah die panggil iteww BATMAN. Iteww tak cuke tau tak. TAK CUKEE :P Menyampah *jeling tajam*

Tapi kan, tapi kan. Aku suka dengar suara dia. Ohhmaigosh ~ Omeyynye suara awakk. Eheheheh :D Hari Selasa hari tu aku call dia. Bapak excited aku nak call dia. Haha. Aku call dia 5 minit je. Pastu tetiba dia hantar mesej. Dia kata dia nak call aku. Waa, aku memang suka orang call-call aku. And yes, aku borak lama dengan dia. 2 jam 50 minit. Panas phone aku borak lama-lama dengan dia. Dari pukul 7.10 pagi sampai pukul 10 pagi. Kita orang gosip plus mengumpat time bulan puasa. Baguskan? Lepas tu tengah syok syok mengumpat, line terputus. Whatta?! Sihiot.

Seminit lepas tu, dia call balik. Dia kata line terputus tadi sebab bateri dia habis. Hek eleh, aku ingatkan dah habis kredit ke apa. Rupanya habis bateri. Apa laa -.-' Lepas dah borak-borak setengah jam, mula bosan dah. Tak tahu nak cakap apa lagi dengan dia. Masing-masing senyap je. Pastu aku suruh dia bukak lagu. Lagu apa-apa je la yang aku tahu sebab aku nak menyanyi. Ehekk n_n Aku tengah menyanyi, dia gelak-gelak. KEJAM T.T Aku tahu suara aku tak sedap. Dia kata suara aku macam doraemon. Suara doraemon comel apa :P Aku ajak dia menyanyi, dia tak nak. So, biar aku je yang menyanyi. Kau duduk diam-diam dengar je apa yang aku nak nyanyi. Macam-macam lagu dia bukak. Aku bantai nyanyi je. Haha.

Tengah sedap nyanyi lagu Rahsia Pohon Cemara, tetiba mak aku masuk bilik. Aduss, potong line lah. Baru nak berjiwang-jiwang sikit. Masuk-masuk je bilik, mak aku pandang aku. Aku pandang mak aku balik sambil sengih-sengih. Heh heh. Pastu mak aku keluar. Fuhh, nasib baik dia tak cakap apa-apa. Selamat ^^ 

Aku habis call dengan dia 15 minit lepas mak aku keluar bilik aku. Tu pun sebab mak aku ajak keluar pergi beli barang. Kalau tak, tak kan berhenti aku bercakap dengan kau. Sampai aku tak sekolah sebab bergayut dengan kau. Wafi, tak puas doh borak-borak dengan kau hari tu. Bila boleh kita call lagi? Ecehh. Hikhik.

Meh aku tempek lagi dua keping gambar dia:



Baju elmo tu dia. Budak fixie :)


And yeah, sekarang kita orang tengah gaduh. Kali ni dah masuk dua kali aku gaduh dengan dia. Aku tak suka ah gaduh dengan dia. Aku rasa macam aku orang yang bersalah gila-gila bila bergaduh dengan dia. Tak tahu kenapa. Dulu gaduh pasal awek. Sekarang gaduh pasal KRK. Amende la.

Weh Wafi, sorry bro pasal hari tu. Benda kecik je pun. Tak payah besar-besarkan lah. Aku tak boleh la kalau kita macam ni. Bosan kau tahu tak. BOSAN. Dah dah la tu weh eh? Serious aku tak boleh macam ni. Aku nak macam dulu jugak. 

AND
.
THIS
.
IS
.
FOR
.
YOUUU:

Ni untuk kau. Aku buat benda ni malam tadi semata-mata untuk kau, tahu tak. Maafkan aku eh? Aku dah malas nak gaduh-gaduh dengan kau. Tak aman hidup aku gaduh dengan kau. Sorry tau weh. Serious weh, aku tak nak kita gaduh lagi. Aku nak kali ni kali terakhir kita gaduh. Lepas ni dah tak nak gaduh-gaduh lagi dah. Boleh?

Err, Wafi. Bapak susah aku nak buat cerita pasal kau. Dua tiga hari aku carik idea nak tulis apa :O Serious, time nak buat cerita pasal kau, aku rasa cerita paling susah aku nak cari idea. Tapi sebab KAWAN, aku buat jugak :)


OHH YAA, BY THE WAY, THANKS BECAUSE MAKE MY TUESDAY 

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Saturday, August 6, 2011

Whatta!

0 bebelan
Woi, lama gila tak post cerita baru. Gila berhabuk dah blog aku ni. Macam dah tak bertuan. Phuhhhhhhh #tiuptiup. Dua bulan tak ada post terbaru. Asyik keluar tajuk ' Aww ♥je. Bosan aku. 

Hai, assalamualaikum!

How are you people? I'm good, Alhamdulillah :)Ohh ya, masih belum terlambatkan nak wish Selamat Berpuasa :) Tup tap tup tap, dah enam hari kita berpuasa. Eceh, macam bagus lah pulak bila tulis cenggitu.



Haa, tadi kan. Aku tolong mak cik aku buat kerepek pisang. Ni baru je lepas buat la ni. Dah siap dah kerepek tu, terus duduk depan komputer XD Semangat nak buat kerepek pisang. Penat nak buat kerepek -.-' Dah la muka berminyak, bertambah-tambah berminyak muka aku duduk depan kuali. Tapiiiiiiiiiiiiiiikan, kerepek tu banyak hangus T.T Lepas tu mak cik aku gelak-gelak tengok aku goreng kerepek hangus. Kfoooine mak cik, foooine. Aku tau aku tak tahu masak (emo)


And and, bulan puasa ni, aku balik sekolah pukul  5.30 petang. Bapak bosan sekolah petang. Orang semua dah balik, aku baru nak pergi sekolah. Dah la kena beratur tengah panas. Hari-hari beratur tangah panas. Phiuuu (mengeluh-.- Err, next!


Weh korang, result exam bulanan aku teruk. Teruk gila gua cakap lu. Aku rasa nak menangis bila tengok result aku macam tu. Tak sanggup la nak tunjuk dekat mak ayah aku. Korang rasa, apa perasaan mak ayah korang bila dorang tahu korang FAILED satu subjek? Rasa-rasa dorang marah tak? Aku pun tak tahu apa yang aku buat sampai FAILED satu subjek. Sedih bhai tak dapat bagi mak ayah aku apa yang dorang nak. Wuuuuuuu T.T Aku rasa down gilagila weh. Hari tu mama aku tanya :


MamaResult exam hari tu dah dapat belum?
Aku: Belum lagi.
MamaKenapa lambat sangat dapat?
AkuEntah. Cikgu lambat sangat bagi.

P/s: Aku birukan tulisan dialog 'mama' aku sebab mak aku baik. Aku merahkan dialog aku sebab aku tahu, aku nak yang JAHAT :P

Actually, aku nak cakap dah, tapi nanti mama aku minta kertas exam. Sebab aku cakap "Belum lagi". Baru hari ni aku rasa serba salak tipu mak aku. Bulan puasa pulak tu. Tuhan je yang tahu macam mana aku rasa sekarang. Weh, aku malas nak cerita banyak-banyak. Aku tahu aku stupid sebab tipu mak aku. Erghh, WhatTheStupidAkuNiPergiTipuMakAku!

Ma, kalau mama baca ni, akak mintak maaf sebab tipu mama. Akak takut mama kecewa dengan result akak. Forgive me, Ma :'( Janji, lepas ni akak tak nak duduk mengadap komputer 24jam. Kbye T.T

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕