Wednesday, June 1, 2011

Aww ♥

4 bebelan
Okay. Lama rasanya dah tak menaip dekat sini. Rindu rasanya. Tu yang sign in tu. Banyak benda nak cerita sebenarnya tapi asyik tangguh plus tak ada mood plus malas. Last-last biarkan je macam tu.

Yeahh. Hari Isnin hari tu ada kursus blog & fizik dekat sekolah. Aku dan group Crew Lensa datang sekolah untuk tembak-menembak. Haha. Actually, bukan tembak-menembak. Tapi ambil gambar sepanjang aktiviti tu dijalankan. Gila lama weyy kena duduk dekat sekolah. Dari pukul 7.15 pagi sampai pukul 5 petang. Penat. Dah la aku kena tipu dengan budak-budak tu. Dorang kata datang pukul 7.15 pagi. Aku semangat bangun pagi-pagi masa cuti sekolah ni sebab tak nak lambat datang. Dorang boleh main samak dengan aku pulak. Sorang-sorang aku tunggu dekat depan surau sekolah macam orang bangang.

Okay, lupakan je la pasal tu. Aku dah maafkan korang dah :p

Macam-macam perangai kawan aku kantoi masa hari tu. Ye lah, masa dekat sekolah semua bajet alim, skema, sopan & malu. Bila bukan hari sekolah, uniform dah tukar. Haa, macam beruk masing-masing -,-

First, aku, Hidana [link], Faten [link] & Farhanis [link] kena ambil gambar abang-abang & kakak-kakak yang ada dekat bengkel fizik tu. Then kena halau. Puii! Aku memang malas nak tayang muka dekat situ lagi bila dah kena halau. So, aku bla. Lepak dekat kantin.

Lepas lepak dekat kantin, naik atas. Pegi bilik ICTL tengok budak-budak yang masuk kursus blog . Terbaik lah. Tak payah nak susah-susah ambil gambar sangat sebab memang ramai budak Lensa SMKTTJ yang dah ambil gambar dekat situ. Masuk je bilik tu, aku pergi dekat Amer. Dia kena buat blog untuk kantin sekolah. Aku tolong dia sikit-sikit.

Seterusnya, pergi masuk kelas. Main handphone kejap. Mentang-mentang sekolah pasang WiFi, semua bawak handphone nak online punya pasal :p Haa, lepas tu kan, lepas tu kan. Entah macam mana entah boleh cerita pasal Maria Ozawa. Tiba-tiba Farhanis pergi search dekat google images gambar Maria Ozawa. Lepas tu semua gambar yang tak sepatutnya keluar. Okayy, aku bukan nak ajar korang yang bukan-bukan dekat sini. Aku cuma CERITA.

Lepas duduk dalam kelas, masuk bilik ICTL balik. Bila aku masuk, aku nampak seseorang. OhMaiGuard! Ada abang senior HOT dekat situu. Aww . Tak boleh tahan, kauu. Haha. First time jumpa face-to-face dengan dia. Selalu tengok dari jauh, komen-komen & Wall-To-Wall dekat facebook je. Tapi hari tu dapat jumpa pula. Terus ambil gambar dengan dia. Haha.

Dah. Aku malas nak cerita panjang-panjang. Nanti cerita aku melampau plus TERover pulak.


*Okay, gambar ni ambil masa hari Isnin hari tu dengan abang senior HOT. Aku sengaja gelapkan sebab aku tahu muka aku nampak ghairah disitu sebab dapat ambil gambar dengan senior HOT:p


Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕