Saturday, May 7, 2011

Mama saya.

Happy mothers day, MAMA! Huh. Dah 13 tahun rupanya mama besarkan kakak, jaga kakak, ketuk kepala kakak bila mama dah ajar math banyak kali tapi tak faham-faham jugak apa yang mama ajar. Bila dah kena ketuk, baru boleh faham apa yang mama ajar. Haha. Cara aku belajar memang macam tu. Mesti ada ketuk-ketuk kepala. Tapi tak ada lah sampai bangang jadinya.


Mama, kakak tak ada duit nak beli hadiah. Ye lah, selama ni pun mama & babah je yang bagi duit. Tiba-tiba teringat masa sekolah rendah. Masa tahap satu. Hari ibu setiap tahun aku bagi mama pen. Macam-macam pen ada. Merah, hitam, biru, hijau. Semua aku beli. Balik rumah terus bagi pen tu dan terus cakap 'Selamat Hari Ibu' dekat mama. Motif aku bagi pen tu sebenarnya untuk apa eh? Mama aku bukan cikgu. Bukan kerani. Bukan accountant ke apa. Suri rumah je. Tapi tiap-tiap tahun aku bagi pen. Haha. Itu kisah lama lah. Tak matang lagi. Janji aku bagi hadiah dekat diaa.

Maa, thank you veghy veghy veghy veghy veghy much. Sorry kalau kakak ada buat salah. Lawan cakap mama ke apa ke. Terima kasih sebab jaga kakak dari kecik sampai sekarang. Mama orang paling rapat dengan aku sebab aku sorang je anak perempuan yang dia ada. Semua benda aku nak story dengan dia. Gelak sama-sama. Keluar pun selalu berdua je dengan dia.

Last word, diaa mama sayaa. Mama saya DUNIA AKHIRAT Saya sayang dia.

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

1 comment:

azu said...

mama batrisya nmpk muda..cm kakak je!ape rahsia awet muda?http://azumie.blogspot.com/