Saturday, March 26, 2011

Earth Hours (:

2 bebelan
WELL HELLO THERE WORLD. 

Ambik kau. Tu diaa. Ala-ala Anwar Hadi kan.

Siapa yang tutup lampu malam tadi? - angkat tangan. 

Good-good. 

Earth Hour ni diadakan setiap tahun yang meminta rumah-rumah dan pejabat untuk memadamkan lampu dan peralatan elektrik selama satu jam untuk meningkatkan kesedaran atas perlunya tindakan terhadap perubahan iklim. Haa, tu je yang aku tahu. Kalau korang nak tahu pegi la search google. Aku pun search google.

Aku nak tanya ni. Korang buat apa dalam gelap tu? Jangan ada yang fikir lain okay. Ni ada yang otak kuning atau lebih dikenali sebagai blue, mesti fikir lain. Haha.

Mesti boring bila dalam gelap. Aku pun mati kutu dalam gelap tu. Titibe satu idea muncul untuk menghilangkan kebosan yang melanda pada diriku ini. Cehh, ayat akuu. Aku memang suka bergambar. Dalam gelap tu aku ambik banyak gambar. Tapi 5 je yang elok. Yang lain tu tak jadi.






Yeah. Gambar-gambar diatas adalah untuk tatapan korang semua. Bersemangat gila aku. First time buat benda ni. Tahun lepas aku tak buat macam gini sebab aku tak tahu apa jadahnya kita kena buat benda ni. Bila dah tahu, baru la aku start menjadi rakyat Malaysia yang prihatin. HARHARHAR. 

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Friday, March 25, 2011

Result :)

2 bebelan
Hai. Lama aku tak post cerita dekat sini. Rindu pulak. So, hari ni aku nak cerita pasal result aku lepas exam masa 7 Mac -> 10 Mac hari tu. Boleh laa. Tak de lah banyak mana markah yang aku dapat. Bole la kan. Kita ambik yang 8 subjek tu je laa. Okay? Yang lain tu tak payah laa.

Bahasa Malaysia - 78%
WTH?! Frust la. Ingatkan dapat A. Tapi B. Lagi 2 markah je. Rugi gilaa. Kawan aku kata aku & Hanani dapat markah tertinggi dalam kelas. Tapi tak payah la nak bangga bebeno. Kawan aku kelas C tu pun dapat A bm. Malu doh =='

Sejarah - 68%
Ni aku tak kesah sangat lah. Sebab baru permulaaan kan. First time jawab soalan sejarah. But bulan 5 ni mid-year test kot. Tak nak lah dapat 68% lagi. Nak up up lagi. Jangan makin lama makin menurun sudah.

Bahasa Inggeris - 70%


Err, nampak tak statement atas tu? Apa yang aku jangkakan tak betul (!) So, korang buat tak nampak je, okay. Kertas objektif aku salah 3 soalan. Tapi bahagian subjektif tu banyak salah. Bengong betul. Panas je gua bila dapat tahu B.I gua 70%.


Sains - 94%
Hahahahahahaha. Sorry terlebih gelak. Haha. Aku ingatkan tak dapat A. Rupanya dapat. Bersyukurlah kan. Kalau tak dapat A aku jugak yang tak puas hati nanti. Cikgu kata kalau exam bulanan pertama dapat A, exam yang seterusnya kena dapat markah lebih lagi daripada exam bulanan pertama. Cuak kot. Dah la aku tak berapa pro sangat sians ni. But i'll try my best :)

Kemahiran Hidup Bersepadu ( Kemahiran Teknikal ) - 82%
Weyh. Kan hari tu aku cakap susah. Aku tak expect pun dapat A. Target B je. Terkejut gila makk. Haha. Gembira la kan. Sape tak gembira bila dapat A. Lagi-lagi apa yang korang rasa memang korang tak kan dapat A tu tetiba dapat A.

Geografi - 72%
Tu diaa. Hasil tembak menembak aku. Haha. Aku dapat 72% joo. Nasib aku lah kan. Kawan-kawan aku yang lain ramai dapat A. Tetiba aku pulak sesat dapat B. Tak pe laa. Rezeki aku. Apa yang aku dah buat, tu la yang aku dapat :)

Pendidikan Islam - 90%
Ohohoii. Haha. Akhirnyaa. Soalan senang, markah pun banyak lah kan. Cuba kalau soalan susah, comfirm aku tak boleh skor. Tu pun banyak careless mistakes. Baca soalan tak betul sebab dah gembira sangat dapat soalan senang. Sekarang, ambik kau! Soalan senang pun kau tak boleh jawab. So, lain kali kalau dapat soalan yang senang tu, baca betul-betul ye kawan-kawan. Tak perlu nak cepat siap. Cepat siap tapi banyak salah pun tak guna.

Mathematics - 93%
Akhirnya, setelah aku kecut perut nak jawab soalan math sebelum masuk kelas sampai pegang buku math sepanjang jalan naik ke kelas tu dan bersengkang mata malam-malam baca buku math membuahkan hasil. Fuhhh baca tu dengan satu nafas please! Haha. Soalan objektif salah 3. Soalan subjektif salah 3 jugek. But, sokay la kan. Janji dapat A :D

So, keseluruhan paper tu. Aku dapat 4A 4B. Exam lepas ni aku hope dapat lebih daripada exam bulanan pertama ni. Mestilah. Sape yang tak nak berjaya kan. Kalau semua subjek dapat A kan best tu. Hari Rabu hari tu kakak-kakak & abang-abang pegi ambik result SPM diaorang. Mesti gigil kan. Nasib baik aku baru Form 1. 2 tahun lagi baru PMR. Btw, cousin aku dapat 9A 1B. Congrats Abang Firdaus. Aku bangga dengan dia. 



Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Thursday, March 10, 2011

Ohh hey!

2 bebelan
Assalamualaikum and hye peeps! Yayaya! Setelah 5 hari aku tak update, akhirnya hari ni aku merajinkan diri untuk update jugak. Okay.

EXAM IS OVER YEAH! 

Akhirnya! Habis jugak exam. Alhamdulillah. 

Day 1: BM, SEJ, BI, AGAMA.

Bahasa Malaysia
Not bad lah. Boleh tahan. Cuma ade bengong bengong sikit nak jawab soalan yang aku tak faham tu. Lepas tu ada soalan yang jawapan dia maksud lebih kurang. Aku tak tahu nk pilih yang mana satu sebab soalan nak jawapan yang paling tepat. Tembak je lah. Tak tahu lah boleh dapat A ke tidak. 

Sejarah
Ni yang buat aku sakiiit kepala nak fikir ni. Aku tak rasa boleh dapat A. Sebab apa yang aku hafal tak keluar. Macam haremm je. Fuhh. Tensyen gila. Rasa macam nak hantuk kepala dekat meja.

Bahasa Inggeris
Haa, soalan B.I boleh lah. Rasanya macam tak banyak salah*rasa je, okay*

ICTL
Yang ni yang aku tak faham ni. Perlu ke ICTL pun nak ada exam? Haihh. Nasib baik soalan senang. Kalau susah aku bakar kertas tu. Kita bakor je. Kita bakor.

Day 2: Sains, KHB, PSV, GOE.

Sains
Ohh err. Senang lah sikit. Sikit je. Tak banyak. Alhamdulillah  boleh jawab. Tapi aku rasa aku careless masa yang soalan mintak hypothesis. Soalan mintak lain, aku jawab lain. Argh. Sakitnya hati. 

Kemahiran Hidup Bersepadu
Kemahiran hidup aku ambil kemahiran teknikal. Susah lah. Tensyen gila gila. Aku tinggal satu tajuk masa ulangkaji. Pening kepala weyh. 

PSV
Ini yang nak maraaah ni. Aku tak baca soalan sebelum buat lukisan tu. Soalan mintak lukis permaidani yang bertemakan flora. Tahu tak aku buat apa? Aku buat bunga sikit lepas tu entah garisan apa yang aku buat. Bagi masa 1 jam je. Dah la tak sempat nak warna. Geraaam. Nasib baik ada Sarah & Farisya  . Dorang tolong aku warna. Menyesal aku tak buat tiupan!

Geografi
Aku tak tahu aku jawab betul ke tak sebab aku tak sebab aku memang fail gilaa bab utara, selatan, timur, barat, barat daya, barat laut segala bagai lah. Pening aku. Korang tahu kan kalau tak tahu jawapan korang selalu buat apa? Tembak je lahh. Dan itulah yang aku buat :)

Day 3: Pendidikan Islam, Math.

Pendidikan Islam
Ni yang aku sukaaa ni. Suka sangat ni. Soalan senang sangat. Rasa macam nak melompat-lompat dapat soalan senang macam tu. Hee, sayang ustazah Siti Mazlina!♥ Haha XD

Math
Yang ni aku nak jadi macam beruk pulak lah. Sebelum naik kelas, aku pegang buku math. Punya lah takut. Sepanjang jalan nak naik ke kelas tu aku baca je buku math tu. Penat aku bersengkang mata tiap tiap malam buat latihan dan akhirnya! Soalan tu keluar. Suka sukaa. Aku boleh jawab soalan tu. Hope dapat A lah kan sebab aku dah penat baca buku math ni. Kalau tak dapat A, tak tahu lah.

Tadi kan, lepas habis exam math, cikgu Kalai masuk kelas. Dia suruh semua budak tingkatan 1 & 2 pergi padang sebab sekolah aku masuk final untuk pertandingan bola sepak bawah 18 tahun. Cikgu Kalai suruh kiteorang turun sebab bagi SEMANGAT untuk pasukan bola sekolah. Dorang lawan KGV. Fewiit. *angkat angkat kening* . But, sekolah aku kalah laa. *Ohh noo!* . Rasa sedih pun ada. Menang kalah adat pertandingan lah, kann. 

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Friday, March 4, 2011

Ohmaigod!

0 bebelan
Oh my god! Guess what? Naqi call aku tadi. Terkejut gilaa gilaa 'mak'. Gila gilaa punya gila. Tak sangka kot dia call aku. First dia call pukul 12.26 tengah hari tadi. But aku tak angkat sebab aku mengaji. Pukul 1.30 tadi dia call balik. Dengan suara yang agak sopan aku jawab. Kalau aku cakap kasar kang macam jantan pulak bunyinya kang. Dah la mula mula aku tak tahu tu nombor sape. Kalau orang tua yang jawab, tak ke kurang ajar namanya, kan.

Aku: Hello.
Naqi: Hello. Ni Batrisya kea?
Aku: A'ah. Sape ni?
Naqi: Ni aku laa Naqi.
Aku: Haa! Naqi! *terkejut mak*
Naqi: Ye. Ni aku Naqi.
Aku: Haha. Tak sangke doh.

Serius. Terkejut gila babi. Ingatkan dah tak nak call aku dah. Untung lahh dapat kawan macam kau. Tak lupe kawan kan. Dah la call pakai public phone. Terharu kot. Dalam ramai-ramai kawan aku yang dah tak sama sekolah dengan aku, Azy, Fana dengan dye je kot yang rajin call aku. Sayu kot hati aku bila dengar suara Naqi. Suara dia slow je. Aku tanya 'sakit ke?'. Dia kata 'tak la'. Tapi suara dia macam orang sakit je. Mungkin sebab public phone tu volume dia low kott. Lama la jugak borak borak dengan dia tadi. Dia cool je. Tengah borak borak, tetiba keluar pulak lagu nasyid dekat radio. Haha. Aku bagitau dia yang ada lagu nasyid dekat radio ni. Lepas tu dia tanya tajuk. Tapi aku lupa tajuk lagu tu! Aduhh. Time tu pulak la lupa tajuk lagu tu. Dia suruh aku nyanyi sikit lagu tu. Ishh. Tak kuasa aku. Malu je. Dia kata next week dia exam. Ehh, sama laa. Tapi dia start exam hari Selasa. Aku start hari Isnin.

Lepas habis exam, CUTI seminggu!

Minggu yang paling aku nanti nanti kan. Haha. Lepas exam nanti aku update blog ni puas puas. :)

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Study lah haihh.

0 bebelan


Exam, exam. Exam is coming.

Kau tahu, aku memang tak suka exam. Tak tahu lah kenapa. Maybe sebab kena ulangkaji apa yang aku dah belajar. Lagi lagi aku baru Form 1. Cara belajar dah tak sama macam sekolah rendah dulu. Nasib baik baru ujian bulanan pertama. Kalau akhir tahun lagi lah pulak.

7 Mac 2011 (Isnin)
Bahasa Melayu - 1.30 --> 2.30 (1 jam)
Sejarah - 2.45 --> 3.45 (1 jam)
Bahasa Inggeris - 4.20 --> 5.20 (1 jam)
ICTL - 5.30 --> 6.30 (1 jam)

8 Mac 2011 (Selasa)
Sains - 1.30 --> 2.30 (1 jam)
Kemahiran Hidup - 2.45 --> 3.45 (1 jam)
Pendidikan Seni - 4.20 --> 5.20 (1 jam)
Geografi - 5.35 --> 6.35 (1 jam)

10 Mac 2011 (Khamis)
Pendidikan Islam - 1.30 --> 2.30 (1 jam)
Matematik - 3.00 --> 4.00 (1 jam)

Herghh, next week dah exam. Tak suke tak suke *kau tak suke pun kau kena ambik exam jugak laa ngekk*. Hari Rabu tak de exam. Boleh study untuk matematik & pendidikan islam. Fuh fuhh, aku nervous laa haih. 

So, aku nak bagi tahu ni. Dalam minggu ni sampai 10 Mac 2011 (Khamis), maybe aku tak update blog *maybe*. Nak baca buku.

P/s: Ada mamat tu kata aku 'poyos'. Aku tak kesah apa orang nak cakap apa. Kau belum kenal aku betul-betul. Jangan suka hati nak cakap aku macam itu, macam ini.  

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Tuesday, March 1, 2011

I'm back.

0 bebelan
Hey. Ya ya ya you! Haha. Sorry lame tak update blog. Busy sikit sekarang ni. Exam dah dekat. Next week dah exam dah *takut takut*. Kena bermanja manja sikit dengan buku sekarang ni. Haha. Kadang kadang study sampai pukul 1.00 pagi *cehcehh*. Kadang kadang ade jugak rasa malas nak buat rivison. Tapi memandangkan aku takut dapat nombor last, kena laa study, kan. Dah la KRK. Kalau dapat markah rendah daripada budak kelas lain, malu je nanti. Aku target nk 8A. Tapi kalau tak dapat pn tak pe la. Bukan rezeki kot. Aku redha dengan ape yg aku dapat *cakap macam nak ambik PMR tahun niey je*.  But, i'll try my best. Aku takut tak bole skor science dengan math laa. Aku rase math dgn science aku sekarang macam down gila sbb aku selalu main main dalam kelas *menyesal la pulakk*. Cikgu sebok cakap dekat depan, aku main main dekat belakang. Tu yang rajin nak study sekarang niey. Pukul 8.15 malam, orang sebok tengok berita, aku kene rajinkan diri buat homework & rivision. Duduk dalam bilik pasang air-cond, bukak radio. Tak de la boring sangat kalau buat homework or rivision sambil dengar radio. Kalau aku buat rivison sampai pukul 1 or 2, aku bukak Suria. Layan segmen Suria cinta. Memang feel habis la. Haha. Kadang kadang tergelak pun ada jugak bila ada orang buat ucapan untuk pakwe /makwe /bekas kekasih /bekas tunang & etc la. Lawak kott ayat dorang. Jiwang gilaa. Ada cerita pasal pakwe curang la. Makwe curang laa. Putus tunang laa. Itu laa, ini laa. Macam macam ohh. Bila dengar ayat ayat jiwang abang abang/ kakak kakak tu, meremang bulu roma aku. Gelak sensorang macam orang gilaa. Haha. Time lagu fevret aku keluar, aku kuat kan volume radio tu. Baru ade feel nak buat keje. Tapi bile kepala otak aku da jam. Aku slow kan balik. Time tu laa nk memekak cakap 


1. Ishh! Macam mane nk buat niey!


2. Adoyai. Da try banyak kali dah. Asyik salah je jawapan niey.

3. Ehh, jawapan belakang niey salah kot. 

4. Ala. Biarkan je laa. Esok baru fikir balik. 

Ada tu sampai tutup buku bila tak dapat nk jawab soalan tu. Nak rujuk buku teks, malas. Tapi kalau tak rujuk, macam mane kite nk tahu jalan kerja / cara nak buat dye kan? So, rajin rajinkan lah diri anda untuk rujuk buku teks kalau ada benda yang cikgu ajar tak faham *buku rujukan pn boleh jugakk*.
Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕