Friday, August 12, 2011

T.U.E.S.D.A.Y :)

0 bebelan
Dang, we text each other a lot :)

Nampak gambar atas tu? Kenal tak siapa tu? Kenal tak?
Ni namanya budak GILA :)
Hee, Wafi, jangan marah eh. Be cool babeh, COOL ^^

Post kedua dalam bulan lapan. Susah nak cari idea nak menaip -.-

Haa, okay. Budak atas tu nama dia Akmal Wafi [link] <-- Sila tekan untuk cari jodoh. Muehehehe :3 Actually aku baru kenal dia. Err, baru ke? 3 months ago. Baru lah tu kan? Cuma baru 2 bulan kitorang rapat. Ecehh. Wafi, kalau kau baca ni, tolong jangan fikir bukan-bukan  :P 

*Abaikan dua orang sebelah kanan tu

Tu diaa. Yang pakai baju hitam putih yang comel tu. Comel ke? Tak pun :P 

Okay, start cerita sekarang. Dia suka carik pasal dengan aku. Suka cari masalah dengan aku. Dia suka buat aku sakit hati dengan dia. Dia kuat touching macam perempuan.  Dia suka panggil aku BATMAN :( Iteww tak cuke ah die panggil iteww BATMAN. Iteww tak cuke tau tak. TAK CUKEE :P Menyampah *jeling tajam*

Tapi kan, tapi kan. Aku suka dengar suara dia. Ohhmaigosh ~ Omeyynye suara awakk. Eheheheh :D Hari Selasa hari tu aku call dia. Bapak excited aku nak call dia. Haha. Aku call dia 5 minit je. Pastu tetiba dia hantar mesej. Dia kata dia nak call aku. Waa, aku memang suka orang call-call aku. And yes, aku borak lama dengan dia. 2 jam 50 minit. Panas phone aku borak lama-lama dengan dia. Dari pukul 7.10 pagi sampai pukul 10 pagi. Kita orang gosip plus mengumpat time bulan puasa. Baguskan? Lepas tu tengah syok syok mengumpat, line terputus. Whatta?! Sihiot.

Seminit lepas tu, dia call balik. Dia kata line terputus tadi sebab bateri dia habis. Hek eleh, aku ingatkan dah habis kredit ke apa. Rupanya habis bateri. Apa laa -.-' Lepas dah borak-borak setengah jam, mula bosan dah. Tak tahu nak cakap apa lagi dengan dia. Masing-masing senyap je. Pastu aku suruh dia bukak lagu. Lagu apa-apa je la yang aku tahu sebab aku nak menyanyi. Ehekk n_n Aku tengah menyanyi, dia gelak-gelak. KEJAM T.T Aku tahu suara aku tak sedap. Dia kata suara aku macam doraemon. Suara doraemon comel apa :P Aku ajak dia menyanyi, dia tak nak. So, biar aku je yang menyanyi. Kau duduk diam-diam dengar je apa yang aku nak nyanyi. Macam-macam lagu dia bukak. Aku bantai nyanyi je. Haha.

Tengah sedap nyanyi lagu Rahsia Pohon Cemara, tetiba mak aku masuk bilik. Aduss, potong line lah. Baru nak berjiwang-jiwang sikit. Masuk-masuk je bilik, mak aku pandang aku. Aku pandang mak aku balik sambil sengih-sengih. Heh heh. Pastu mak aku keluar. Fuhh, nasib baik dia tak cakap apa-apa. Selamat ^^ 

Aku habis call dengan dia 15 minit lepas mak aku keluar bilik aku. Tu pun sebab mak aku ajak keluar pergi beli barang. Kalau tak, tak kan berhenti aku bercakap dengan kau. Sampai aku tak sekolah sebab bergayut dengan kau. Wafi, tak puas doh borak-borak dengan kau hari tu. Bila boleh kita call lagi? Ecehh. Hikhik.

Meh aku tempek lagi dua keping gambar dia:



Baju elmo tu dia. Budak fixie :)


And yeah, sekarang kita orang tengah gaduh. Kali ni dah masuk dua kali aku gaduh dengan dia. Aku tak suka ah gaduh dengan dia. Aku rasa macam aku orang yang bersalah gila-gila bila bergaduh dengan dia. Tak tahu kenapa. Dulu gaduh pasal awek. Sekarang gaduh pasal KRK. Amende la.

Weh Wafi, sorry bro pasal hari tu. Benda kecik je pun. Tak payah besar-besarkan lah. Aku tak boleh la kalau kita macam ni. Bosan kau tahu tak. BOSAN. Dah dah la tu weh eh? Serious aku tak boleh macam ni. Aku nak macam dulu jugak. 

AND
.
THIS
.
IS
.
FOR
.
YOUUU:

Ni untuk kau. Aku buat benda ni malam tadi semata-mata untuk kau, tahu tak. Maafkan aku eh? Aku dah malas nak gaduh-gaduh dengan kau. Tak aman hidup aku gaduh dengan kau. Sorry tau weh. Serious weh, aku tak nak kita gaduh lagi. Aku nak kali ni kali terakhir kita gaduh. Lepas ni dah tak nak gaduh-gaduh lagi dah. Boleh?

Err, Wafi. Bapak susah aku nak buat cerita pasal kau. Dua tiga hari aku carik idea nak tulis apa :O Serious, time nak buat cerita pasal kau, aku rasa cerita paling susah aku nak cari idea. Tapi sebab KAWAN, aku buat jugak :)


OHH YAA, BY THE WAY, THANKS BECAUSE MAKE MY TUESDAY 

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Saturday, August 6, 2011

Whatta!

0 bebelan
Woi, lama gila tak post cerita baru. Gila berhabuk dah blog aku ni. Macam dah tak bertuan. Phuhhhhhhh #tiuptiup. Dua bulan tak ada post terbaru. Asyik keluar tajuk ' Aww ♥je. Bosan aku. 

Hai, assalamualaikum!

How are you people? I'm good, Alhamdulillah :)Ohh ya, masih belum terlambatkan nak wish Selamat Berpuasa :) Tup tap tup tap, dah enam hari kita berpuasa. Eceh, macam bagus lah pulak bila tulis cenggitu.



Haa, tadi kan. Aku tolong mak cik aku buat kerepek pisang. Ni baru je lepas buat la ni. Dah siap dah kerepek tu, terus duduk depan komputer XD Semangat nak buat kerepek pisang. Penat nak buat kerepek -.-' Dah la muka berminyak, bertambah-tambah berminyak muka aku duduk depan kuali. Tapiiiiiiiiiiiiiiikan, kerepek tu banyak hangus T.T Lepas tu mak cik aku gelak-gelak tengok aku goreng kerepek hangus. Kfoooine mak cik, foooine. Aku tau aku tak tahu masak (emo)


And and, bulan puasa ni, aku balik sekolah pukul  5.30 petang. Bapak bosan sekolah petang. Orang semua dah balik, aku baru nak pergi sekolah. Dah la kena beratur tengah panas. Hari-hari beratur tangah panas. Phiuuu (mengeluh-.- Err, next!


Weh korang, result exam bulanan aku teruk. Teruk gila gua cakap lu. Aku rasa nak menangis bila tengok result aku macam tu. Tak sanggup la nak tunjuk dekat mak ayah aku. Korang rasa, apa perasaan mak ayah korang bila dorang tahu korang FAILED satu subjek? Rasa-rasa dorang marah tak? Aku pun tak tahu apa yang aku buat sampai FAILED satu subjek. Sedih bhai tak dapat bagi mak ayah aku apa yang dorang nak. Wuuuuuuu T.T Aku rasa down gilagila weh. Hari tu mama aku tanya :


MamaResult exam hari tu dah dapat belum?
Aku: Belum lagi.
MamaKenapa lambat sangat dapat?
AkuEntah. Cikgu lambat sangat bagi.

P/s: Aku birukan tulisan dialog 'mama' aku sebab mak aku baik. Aku merahkan dialog aku sebab aku tahu, aku nak yang JAHAT :P

Actually, aku nak cakap dah, tapi nanti mama aku minta kertas exam. Sebab aku cakap "Belum lagi". Baru hari ni aku rasa serba salak tipu mak aku. Bulan puasa pulak tu. Tuhan je yang tahu macam mana aku rasa sekarang. Weh, aku malas nak cerita banyak-banyak. Aku tahu aku stupid sebab tipu mak aku. Erghh, WhatTheStupidAkuNiPergiTipuMakAku!

Ma, kalau mama baca ni, akak mintak maaf sebab tipu mama. Akak takut mama kecewa dengan result akak. Forgive me, Ma :'( Janji, lepas ni akak tak nak duduk mengadap komputer 24jam. Kbye T.T

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Wednesday, June 1, 2011

Aww ♥

4 bebelan
Okay. Lama rasanya dah tak menaip dekat sini. Rindu rasanya. Tu yang sign in tu. Banyak benda nak cerita sebenarnya tapi asyik tangguh plus tak ada mood plus malas. Last-last biarkan je macam tu.

Yeahh. Hari Isnin hari tu ada kursus blog & fizik dekat sekolah. Aku dan group Crew Lensa datang sekolah untuk tembak-menembak. Haha. Actually, bukan tembak-menembak. Tapi ambil gambar sepanjang aktiviti tu dijalankan. Gila lama weyy kena duduk dekat sekolah. Dari pukul 7.15 pagi sampai pukul 5 petang. Penat. Dah la aku kena tipu dengan budak-budak tu. Dorang kata datang pukul 7.15 pagi. Aku semangat bangun pagi-pagi masa cuti sekolah ni sebab tak nak lambat datang. Dorang boleh main samak dengan aku pulak. Sorang-sorang aku tunggu dekat depan surau sekolah macam orang bangang.

Okay, lupakan je la pasal tu. Aku dah maafkan korang dah :p

Macam-macam perangai kawan aku kantoi masa hari tu. Ye lah, masa dekat sekolah semua bajet alim, skema, sopan & malu. Bila bukan hari sekolah, uniform dah tukar. Haa, macam beruk masing-masing -,-

First, aku, Hidana [link], Faten [link] & Farhanis [link] kena ambil gambar abang-abang & kakak-kakak yang ada dekat bengkel fizik tu. Then kena halau. Puii! Aku memang malas nak tayang muka dekat situ lagi bila dah kena halau. So, aku bla. Lepak dekat kantin.

Lepas lepak dekat kantin, naik atas. Pegi bilik ICTL tengok budak-budak yang masuk kursus blog . Terbaik lah. Tak payah nak susah-susah ambil gambar sangat sebab memang ramai budak Lensa SMKTTJ yang dah ambil gambar dekat situ. Masuk je bilik tu, aku pergi dekat Amer. Dia kena buat blog untuk kantin sekolah. Aku tolong dia sikit-sikit.

Seterusnya, pergi masuk kelas. Main handphone kejap. Mentang-mentang sekolah pasang WiFi, semua bawak handphone nak online punya pasal :p Haa, lepas tu kan, lepas tu kan. Entah macam mana entah boleh cerita pasal Maria Ozawa. Tiba-tiba Farhanis pergi search dekat google images gambar Maria Ozawa. Lepas tu semua gambar yang tak sepatutnya keluar. Okayy, aku bukan nak ajar korang yang bukan-bukan dekat sini. Aku cuma CERITA.

Lepas duduk dalam kelas, masuk bilik ICTL balik. Bila aku masuk, aku nampak seseorang. OhMaiGuard! Ada abang senior HOT dekat situu. Aww . Tak boleh tahan, kauu. Haha. First time jumpa face-to-face dengan dia. Selalu tengok dari jauh, komen-komen & Wall-To-Wall dekat facebook je. Tapi hari tu dapat jumpa pula. Terus ambil gambar dengan dia. Haha.

Dah. Aku malas nak cerita panjang-panjang. Nanti cerita aku melampau plus TERover pulak.


*Okay, gambar ni ambil masa hari Isnin hari tu dengan abang senior HOT. Aku sengaja gelapkan sebab aku tahu muka aku nampak ghairah disitu sebab dapat ambil gambar dengan senior HOT:p


Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Saturday, May 7, 2011

Mama saya.

1 bebelan
Happy mothers day, MAMA! Huh. Dah 13 tahun rupanya mama besarkan kakak, jaga kakak, ketuk kepala kakak bila mama dah ajar math banyak kali tapi tak faham-faham jugak apa yang mama ajar. Bila dah kena ketuk, baru boleh faham apa yang mama ajar. Haha. Cara aku belajar memang macam tu. Mesti ada ketuk-ketuk kepala. Tapi tak ada lah sampai bangang jadinya.


Mama, kakak tak ada duit nak beli hadiah. Ye lah, selama ni pun mama & babah je yang bagi duit. Tiba-tiba teringat masa sekolah rendah. Masa tahap satu. Hari ibu setiap tahun aku bagi mama pen. Macam-macam pen ada. Merah, hitam, biru, hijau. Semua aku beli. Balik rumah terus bagi pen tu dan terus cakap 'Selamat Hari Ibu' dekat mama. Motif aku bagi pen tu sebenarnya untuk apa eh? Mama aku bukan cikgu. Bukan kerani. Bukan accountant ke apa. Suri rumah je. Tapi tiap-tiap tahun aku bagi pen. Haha. Itu kisah lama lah. Tak matang lagi. Janji aku bagi hadiah dekat diaa.

Maa, thank you veghy veghy veghy veghy veghy much. Sorry kalau kakak ada buat salah. Lawan cakap mama ke apa ke. Terima kasih sebab jaga kakak dari kecik sampai sekarang. Mama orang paling rapat dengan aku sebab aku sorang je anak perempuan yang dia ada. Semua benda aku nak story dengan dia. Gelak sama-sama. Keluar pun selalu berdua je dengan dia.

Last word, diaa mama sayaa. Mama saya DUNIA AKHIRAT Saya sayang dia.

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Wednesday, April 13, 2011

Entah.

0 bebelan
Assalamualaikum. Lama rasanya gua dah tak menaip dekat sini. Nak sign in pun malas dah. Entah apa penyakit pulak yang datang tah. Serious gua cakap, sekarang memang gua dah malas nak berblogging dah. Nak nak pulak dah ada orang yang dah pandai skodeng-skodeng blog gua ni. Maksud gua bukan follower, tapi ada lah orang tu. Tak payah la gua cakap. So, cerita yang gua nak cerita tertangguh. Lepas tu biarkan macam tu je. 


Nahh! Kerja sekolah gua melambak-lambak sekarang. Banyak gila gua cakap lu. Penat lahh. Balik sekolah pukul 6.30 petang. Balik terus mandi, solat, lepak kejap, online 1 jam lepas tu baru buat kerja sekolah. Ni pun dah mengantuk sebenarnya. Tapi gua nak update jugak sebab gua tak nak follower gua larii. Haha. Nak tahu tak? Hari tu follower gua 96. Lepas beberapa minggu gua tak update blog gua yang dah bersawang ni, terus jadi 95. What-the-melon? Okay, gua tak kisah sebenarnya orang nak follow ke tak. Lantak lu lah.

ADA GUA KESAH KE DER? HAK TUIHH (!)


Second, gua ada problem dengan kawan gua ni. Entah apa-apa perangai tah. Benda kecik pun nak besar-besarkan. Apa cerita ni, weyh? Seminggu dah gua tak tegur dia. Kalau terserempak pun jeling-jeling :p



Der, kali ni bagi gua merempit kejap. Gua dah boring asyik pakai aku je. Kali ni gua nak rempit. Tolong bagi laluan. Kalau lu tak bagi laluan, gua langgar je. Mati katak lu kang. Gua cabut lari je.

Aww aww. Dia KACHAK. Haha.

Okay dah bye. Assalamualaikum. Tak jawab dosa, kalau jawab GATAL. Haa, nak jawab ke tak? Lu fikir la sendiri. 

P/s: Hari tu Shaheizy Sam menang ABPBH 2010. OhMaiGadd! Dia KACHAK lahh! Tiba-tiba gua jatuh hati dekat dia. Aww. ILoveeShaheizySam. Haha.

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Saturday, March 26, 2011

Earth Hours (:

2 bebelan
WELL HELLO THERE WORLD. 

Ambik kau. Tu diaa. Ala-ala Anwar Hadi kan.

Siapa yang tutup lampu malam tadi? - angkat tangan. 

Good-good. 

Earth Hour ni diadakan setiap tahun yang meminta rumah-rumah dan pejabat untuk memadamkan lampu dan peralatan elektrik selama satu jam untuk meningkatkan kesedaran atas perlunya tindakan terhadap perubahan iklim. Haa, tu je yang aku tahu. Kalau korang nak tahu pegi la search google. Aku pun search google.

Aku nak tanya ni. Korang buat apa dalam gelap tu? Jangan ada yang fikir lain okay. Ni ada yang otak kuning atau lebih dikenali sebagai blue, mesti fikir lain. Haha.

Mesti boring bila dalam gelap. Aku pun mati kutu dalam gelap tu. Titibe satu idea muncul untuk menghilangkan kebosan yang melanda pada diriku ini. Cehh, ayat akuu. Aku memang suka bergambar. Dalam gelap tu aku ambik banyak gambar. Tapi 5 je yang elok. Yang lain tu tak jadi.






Yeah. Gambar-gambar diatas adalah untuk tatapan korang semua. Bersemangat gila aku. First time buat benda ni. Tahun lepas aku tak buat macam gini sebab aku tak tahu apa jadahnya kita kena buat benda ni. Bila dah tahu, baru la aku start menjadi rakyat Malaysia yang prihatin. HARHARHAR. 

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Friday, March 25, 2011

Result :)

2 bebelan
Hai. Lama aku tak post cerita dekat sini. Rindu pulak. So, hari ni aku nak cerita pasal result aku lepas exam masa 7 Mac -> 10 Mac hari tu. Boleh laa. Tak de lah banyak mana markah yang aku dapat. Bole la kan. Kita ambik yang 8 subjek tu je laa. Okay? Yang lain tu tak payah laa.

Bahasa Malaysia - 78%
WTH?! Frust la. Ingatkan dapat A. Tapi B. Lagi 2 markah je. Rugi gilaa. Kawan aku kata aku & Hanani dapat markah tertinggi dalam kelas. Tapi tak payah la nak bangga bebeno. Kawan aku kelas C tu pun dapat A bm. Malu doh =='

Sejarah - 68%
Ni aku tak kesah sangat lah. Sebab baru permulaaan kan. First time jawab soalan sejarah. But bulan 5 ni mid-year test kot. Tak nak lah dapat 68% lagi. Nak up up lagi. Jangan makin lama makin menurun sudah.

Bahasa Inggeris - 70%


Err, nampak tak statement atas tu? Apa yang aku jangkakan tak betul (!) So, korang buat tak nampak je, okay. Kertas objektif aku salah 3 soalan. Tapi bahagian subjektif tu banyak salah. Bengong betul. Panas je gua bila dapat tahu B.I gua 70%.


Sains - 94%
Hahahahahahaha. Sorry terlebih gelak. Haha. Aku ingatkan tak dapat A. Rupanya dapat. Bersyukurlah kan. Kalau tak dapat A aku jugak yang tak puas hati nanti. Cikgu kata kalau exam bulanan pertama dapat A, exam yang seterusnya kena dapat markah lebih lagi daripada exam bulanan pertama. Cuak kot. Dah la aku tak berapa pro sangat sians ni. But i'll try my best :)

Kemahiran Hidup Bersepadu ( Kemahiran Teknikal ) - 82%
Weyh. Kan hari tu aku cakap susah. Aku tak expect pun dapat A. Target B je. Terkejut gila makk. Haha. Gembira la kan. Sape tak gembira bila dapat A. Lagi-lagi apa yang korang rasa memang korang tak kan dapat A tu tetiba dapat A.

Geografi - 72%
Tu diaa. Hasil tembak menembak aku. Haha. Aku dapat 72% joo. Nasib aku lah kan. Kawan-kawan aku yang lain ramai dapat A. Tetiba aku pulak sesat dapat B. Tak pe laa. Rezeki aku. Apa yang aku dah buat, tu la yang aku dapat :)

Pendidikan Islam - 90%
Ohohoii. Haha. Akhirnyaa. Soalan senang, markah pun banyak lah kan. Cuba kalau soalan susah, comfirm aku tak boleh skor. Tu pun banyak careless mistakes. Baca soalan tak betul sebab dah gembira sangat dapat soalan senang. Sekarang, ambik kau! Soalan senang pun kau tak boleh jawab. So, lain kali kalau dapat soalan yang senang tu, baca betul-betul ye kawan-kawan. Tak perlu nak cepat siap. Cepat siap tapi banyak salah pun tak guna.

Mathematics - 93%
Akhirnya, setelah aku kecut perut nak jawab soalan math sebelum masuk kelas sampai pegang buku math sepanjang jalan naik ke kelas tu dan bersengkang mata malam-malam baca buku math membuahkan hasil. Fuhhh baca tu dengan satu nafas please! Haha. Soalan objektif salah 3. Soalan subjektif salah 3 jugek. But, sokay la kan. Janji dapat A :D

So, keseluruhan paper tu. Aku dapat 4A 4B. Exam lepas ni aku hope dapat lebih daripada exam bulanan pertama ni. Mestilah. Sape yang tak nak berjaya kan. Kalau semua subjek dapat A kan best tu. Hari Rabu hari tu kakak-kakak & abang-abang pegi ambik result SPM diaorang. Mesti gigil kan. Nasib baik aku baru Form 1. 2 tahun lagi baru PMR. Btw, cousin aku dapat 9A 1B. Congrats Abang Firdaus. Aku bangga dengan dia. 



Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Thursday, March 10, 2011

Ohh hey!

2 bebelan
Assalamualaikum and hye peeps! Yayaya! Setelah 5 hari aku tak update, akhirnya hari ni aku merajinkan diri untuk update jugak. Okay.

EXAM IS OVER YEAH! 

Akhirnya! Habis jugak exam. Alhamdulillah. 

Day 1: BM, SEJ, BI, AGAMA.

Bahasa Malaysia
Not bad lah. Boleh tahan. Cuma ade bengong bengong sikit nak jawab soalan yang aku tak faham tu. Lepas tu ada soalan yang jawapan dia maksud lebih kurang. Aku tak tahu nk pilih yang mana satu sebab soalan nak jawapan yang paling tepat. Tembak je lah. Tak tahu lah boleh dapat A ke tidak. 

Sejarah
Ni yang buat aku sakiiit kepala nak fikir ni. Aku tak rasa boleh dapat A. Sebab apa yang aku hafal tak keluar. Macam haremm je. Fuhh. Tensyen gila. Rasa macam nak hantuk kepala dekat meja.

Bahasa Inggeris
Haa, soalan B.I boleh lah. Rasanya macam tak banyak salah*rasa je, okay*

ICTL
Yang ni yang aku tak faham ni. Perlu ke ICTL pun nak ada exam? Haihh. Nasib baik soalan senang. Kalau susah aku bakar kertas tu. Kita bakor je. Kita bakor.

Day 2: Sains, KHB, PSV, GOE.

Sains
Ohh err. Senang lah sikit. Sikit je. Tak banyak. Alhamdulillah  boleh jawab. Tapi aku rasa aku careless masa yang soalan mintak hypothesis. Soalan mintak lain, aku jawab lain. Argh. Sakitnya hati. 

Kemahiran Hidup Bersepadu
Kemahiran hidup aku ambil kemahiran teknikal. Susah lah. Tensyen gila gila. Aku tinggal satu tajuk masa ulangkaji. Pening kepala weyh. 

PSV
Ini yang nak maraaah ni. Aku tak baca soalan sebelum buat lukisan tu. Soalan mintak lukis permaidani yang bertemakan flora. Tahu tak aku buat apa? Aku buat bunga sikit lepas tu entah garisan apa yang aku buat. Bagi masa 1 jam je. Dah la tak sempat nak warna. Geraaam. Nasib baik ada Sarah & Farisya  . Dorang tolong aku warna. Menyesal aku tak buat tiupan!

Geografi
Aku tak tahu aku jawab betul ke tak sebab aku tak sebab aku memang fail gilaa bab utara, selatan, timur, barat, barat daya, barat laut segala bagai lah. Pening aku. Korang tahu kan kalau tak tahu jawapan korang selalu buat apa? Tembak je lahh. Dan itulah yang aku buat :)

Day 3: Pendidikan Islam, Math.

Pendidikan Islam
Ni yang aku sukaaa ni. Suka sangat ni. Soalan senang sangat. Rasa macam nak melompat-lompat dapat soalan senang macam tu. Hee, sayang ustazah Siti Mazlina!♥ Haha XD

Math
Yang ni aku nak jadi macam beruk pulak lah. Sebelum naik kelas, aku pegang buku math. Punya lah takut. Sepanjang jalan nak naik ke kelas tu aku baca je buku math tu. Penat aku bersengkang mata tiap tiap malam buat latihan dan akhirnya! Soalan tu keluar. Suka sukaa. Aku boleh jawab soalan tu. Hope dapat A lah kan sebab aku dah penat baca buku math ni. Kalau tak dapat A, tak tahu lah.

Tadi kan, lepas habis exam math, cikgu Kalai masuk kelas. Dia suruh semua budak tingkatan 1 & 2 pergi padang sebab sekolah aku masuk final untuk pertandingan bola sepak bawah 18 tahun. Cikgu Kalai suruh kiteorang turun sebab bagi SEMANGAT untuk pasukan bola sekolah. Dorang lawan KGV. Fewiit. *angkat angkat kening* . But, sekolah aku kalah laa. *Ohh noo!* . Rasa sedih pun ada. Menang kalah adat pertandingan lah, kann. 

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Friday, March 4, 2011

Ohmaigod!

0 bebelan
Oh my god! Guess what? Naqi call aku tadi. Terkejut gilaa gilaa 'mak'. Gila gilaa punya gila. Tak sangka kot dia call aku. First dia call pukul 12.26 tengah hari tadi. But aku tak angkat sebab aku mengaji. Pukul 1.30 tadi dia call balik. Dengan suara yang agak sopan aku jawab. Kalau aku cakap kasar kang macam jantan pulak bunyinya kang. Dah la mula mula aku tak tahu tu nombor sape. Kalau orang tua yang jawab, tak ke kurang ajar namanya, kan.

Aku: Hello.
Naqi: Hello. Ni Batrisya kea?
Aku: A'ah. Sape ni?
Naqi: Ni aku laa Naqi.
Aku: Haa! Naqi! *terkejut mak*
Naqi: Ye. Ni aku Naqi.
Aku: Haha. Tak sangke doh.

Serius. Terkejut gila babi. Ingatkan dah tak nak call aku dah. Untung lahh dapat kawan macam kau. Tak lupe kawan kan. Dah la call pakai public phone. Terharu kot. Dalam ramai-ramai kawan aku yang dah tak sama sekolah dengan aku, Azy, Fana dengan dye je kot yang rajin call aku. Sayu kot hati aku bila dengar suara Naqi. Suara dia slow je. Aku tanya 'sakit ke?'. Dia kata 'tak la'. Tapi suara dia macam orang sakit je. Mungkin sebab public phone tu volume dia low kott. Lama la jugak borak borak dengan dia tadi. Dia cool je. Tengah borak borak, tetiba keluar pulak lagu nasyid dekat radio. Haha. Aku bagitau dia yang ada lagu nasyid dekat radio ni. Lepas tu dia tanya tajuk. Tapi aku lupa tajuk lagu tu! Aduhh. Time tu pulak la lupa tajuk lagu tu. Dia suruh aku nyanyi sikit lagu tu. Ishh. Tak kuasa aku. Malu je. Dia kata next week dia exam. Ehh, sama laa. Tapi dia start exam hari Selasa. Aku start hari Isnin.

Lepas habis exam, CUTI seminggu!

Minggu yang paling aku nanti nanti kan. Haha. Lepas exam nanti aku update blog ni puas puas. :)

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Study lah haihh.

0 bebelan


Exam, exam. Exam is coming.

Kau tahu, aku memang tak suka exam. Tak tahu lah kenapa. Maybe sebab kena ulangkaji apa yang aku dah belajar. Lagi lagi aku baru Form 1. Cara belajar dah tak sama macam sekolah rendah dulu. Nasib baik baru ujian bulanan pertama. Kalau akhir tahun lagi lah pulak.

7 Mac 2011 (Isnin)
Bahasa Melayu - 1.30 --> 2.30 (1 jam)
Sejarah - 2.45 --> 3.45 (1 jam)
Bahasa Inggeris - 4.20 --> 5.20 (1 jam)
ICTL - 5.30 --> 6.30 (1 jam)

8 Mac 2011 (Selasa)
Sains - 1.30 --> 2.30 (1 jam)
Kemahiran Hidup - 2.45 --> 3.45 (1 jam)
Pendidikan Seni - 4.20 --> 5.20 (1 jam)
Geografi - 5.35 --> 6.35 (1 jam)

10 Mac 2011 (Khamis)
Pendidikan Islam - 1.30 --> 2.30 (1 jam)
Matematik - 3.00 --> 4.00 (1 jam)

Herghh, next week dah exam. Tak suke tak suke *kau tak suke pun kau kena ambik exam jugak laa ngekk*. Hari Rabu tak de exam. Boleh study untuk matematik & pendidikan islam. Fuh fuhh, aku nervous laa haih. 

So, aku nak bagi tahu ni. Dalam minggu ni sampai 10 Mac 2011 (Khamis), maybe aku tak update blog *maybe*. Nak baca buku.

P/s: Ada mamat tu kata aku 'poyos'. Aku tak kesah apa orang nak cakap apa. Kau belum kenal aku betul-betul. Jangan suka hati nak cakap aku macam itu, macam ini.  

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Tuesday, March 1, 2011

I'm back.

0 bebelan
Hey. Ya ya ya you! Haha. Sorry lame tak update blog. Busy sikit sekarang ni. Exam dah dekat. Next week dah exam dah *takut takut*. Kena bermanja manja sikit dengan buku sekarang ni. Haha. Kadang kadang study sampai pukul 1.00 pagi *cehcehh*. Kadang kadang ade jugak rasa malas nak buat rivison. Tapi memandangkan aku takut dapat nombor last, kena laa study, kan. Dah la KRK. Kalau dapat markah rendah daripada budak kelas lain, malu je nanti. Aku target nk 8A. Tapi kalau tak dapat pn tak pe la. Bukan rezeki kot. Aku redha dengan ape yg aku dapat *cakap macam nak ambik PMR tahun niey je*.  But, i'll try my best. Aku takut tak bole skor science dengan math laa. Aku rase math dgn science aku sekarang macam down gila sbb aku selalu main main dalam kelas *menyesal la pulakk*. Cikgu sebok cakap dekat depan, aku main main dekat belakang. Tu yang rajin nak study sekarang niey. Pukul 8.15 malam, orang sebok tengok berita, aku kene rajinkan diri buat homework & rivision. Duduk dalam bilik pasang air-cond, bukak radio. Tak de la boring sangat kalau buat homework or rivision sambil dengar radio. Kalau aku buat rivison sampai pukul 1 or 2, aku bukak Suria. Layan segmen Suria cinta. Memang feel habis la. Haha. Kadang kadang tergelak pun ada jugak bila ada orang buat ucapan untuk pakwe /makwe /bekas kekasih /bekas tunang & etc la. Lawak kott ayat dorang. Jiwang gilaa. Ada cerita pasal pakwe curang la. Makwe curang laa. Putus tunang laa. Itu laa, ini laa. Macam macam ohh. Bila dengar ayat ayat jiwang abang abang/ kakak kakak tu, meremang bulu roma aku. Gelak sensorang macam orang gilaa. Haha. Time lagu fevret aku keluar, aku kuat kan volume radio tu. Baru ade feel nak buat keje. Tapi bile kepala otak aku da jam. Aku slow kan balik. Time tu laa nk memekak cakap 


1. Ishh! Macam mane nk buat niey!


2. Adoyai. Da try banyak kali dah. Asyik salah je jawapan niey.

3. Ehh, jawapan belakang niey salah kot. 

4. Ala. Biarkan je laa. Esok baru fikir balik. 

Ada tu sampai tutup buku bila tak dapat nk jawab soalan tu. Nak rujuk buku teks, malas. Tapi kalau tak rujuk, macam mane kite nk tahu jalan kerja / cara nak buat dye kan? So, rajin rajinkan lah diri anda untuk rujuk buku teks kalau ada benda yang cikgu ajar tak faham *buku rujukan pn boleh jugakk*.
Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Sunday, February 20, 2011

Yesterday .

6 bebelan
Haa . Letih gilaa . Baru balik dari rumah Pak Cik aku dekat Klang . Aku tido sane smalam . Tadi baru balik . Balik je terus mengadap komputer .Ye , tu memang aku . Kalau keluar , balek tu , mesti aku yang berebut nak pakai komputer .

Oh Yaa , kite pergi ke tajuk utama . Sungguh gila gila sedara aku di sana yaa . Sakit perut aku asyik gelak jea . Aku punya bersemangat bawak homework aku yang banyak tak siap lagi tu . Kononye nk buat lah homework tu dekat sana *tunjuk rajin lah kononyaa* . Tapi , aku buat separuh jalan je . Macam boleh sangat je aku buat homework time berkumpul dgn sedare aku . Haram lah haihh . Berpok pek pok pek je keje aku dgn sedare aku . Terutamanya Fitrah & Sasha .

Petang semalam , Fitrah bawak aku & Sasha naik motor . 3 orang naik 1 motor . Gila malu doh ! Fitrah niey lagi lah bijak bebeno kan . Dye asyik bawak motor tu lalu lalang kat depan Mak Cik & Pak Cik yang tengah jage anak dorang main kat luar tu . Aku dengan Sasha gelak sekuat kuat yang bole bolenyaa . Mak Cik , Pak Cik dgn anak dorang tengok je kiteorang . Pukol 7.15 baru balek .

Malam tu pulakk , Sasha ajak aku buat homework . Tapi aku malas nak buat . Keje aku dudok dalam bilik Fitrah tu then dengar lagu dekat MP4 dye . Sampai pukul 1.15 pagi macam tu , boring aku dah sampai . Tak de idea nk buat ape . Tibe tibe 1 idea muncul . Tapi idea macam sengal jea . Aku pegi amik camera aku , then record video . Doh ! Gila merapu ! Yang si Fitrah tu dye suroh buat video 'tarian' . Lagu GEE - SNSD dgn lagu Nobody - Wondergirls . Haihh . Dah . Malas nk cerita pasal tarian niey . Memalukan ! Haha .

Pukul 2.30 pagi , masing masing perut dah lapar . Pegi dapur , buat roti bakar plus air oren ais . Pergh . Comfirm lah berat aku naik niey . Asyik makan je keje . Dudok melantak dekat dapur tu sampai pukul 2.50 . Bilik Fitrah tu macam sauna dah aku rase . Panas ! Keluar dari bilek dye tu baru rase segar bugar . Lepas melantak bersama sama saudara tercinta *cehh* , kiteorang masuk bilik Fitrah balek . Borak borak sampai pukul 3.30 . Okay , boring datang kembali . Keluar dari bilik tu . Menuju ke dapur semula . Tapi tujuan ke dapur tu bukan untuk makan ye , kawan kawan . Untuk menconteng pulakk .

Pukul 4.00 , aku dah ngantok . Aku ajak Sasha tido . Sasha pn nk join tido jugakk sebab mate dah ngantok sangat dah . Fitrah pulak dah tertido kt atas kerusi . Aku ingt nk tinggal kan dye tido atas kerusi tu sensorang . Tapi , kesian lah pulak . Kang trauma pulakk dye . Then aku tanya dye :

Aku : Ko nak tido mane niey ? Nak tido kat ruang tamu niey , tutup lah lampu bilik ko tuu . Kang mak ko bising pulakk .

Fitrah : Haa , ye lah . Tido dekat ruang tamu lah . - terus menapakkan kakinya ke bilik untuk tutup lampu -
Lepas tu , sume :
TIDO .
__________________________________________________________________________________

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul .

0 bebelan

Assalamualaikum .

Err . Haa . Firstly , aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepade semua umat Islam . Yea ! Esok cuti lah . Hehe . Dapat lah aku merehatkan minda . Tapi nk rehat macam mane , homework tu sape yg nak tolong siapkan ? Hayya ! Kalau ade hamba abdi tak pe lahh jugakk . But , I'm not like that kind of person okay . So , tak jadi lah nk rehatkan minda sangat . Nasib baek homework minggu lepas aku dah siapkan . Jadi , tak banyak lah kerja yang aku kena buat . Alhamdulillah . Lagi pun beberape minggu lagi nk exam da . Nanti nk kene say 'Good Bye' kat fb . For a week je ye . Lepas tu , online balek . *Har Har Har* . 

But , lepas je cuti bulan 3 nanti , aku nak ubah diri aku lah . Aku tak nk mengadap dpn komputer niey 24 jam lagi dah ! Kang rabun mate aku . Tak sanggup aku nk pakai spect ! Rase macam menyusahkan jea . Nak kene bawak ke hulu ke hilir . Tulisan kecik dah tak bole baca . Hayya . Tak mau tak mau . Haa . Lagi satu ! Aku dah nak PMR lagi 2 tahun . So , aku nk prepare awal awal . Nak fokus pelajaran from NOW ! Walaupun aku rase macam tak bole nak fokus disebabkan kawan aku Nisa tu memang kuat bercerita . Kadang kadang aku buat tak tahu je ape yang cikgu cakap sebab nak dengar cerita dye sbb cerite dye menarik minat aku . Ade je idea nak cerite . *Haha* . But , aku try untuk faham ape yang cikgu aja . Btw , best kawan dengan kau , weyh ! Sayang gila gila dekat kau ! *Err , kenape tibe tibe pasal bende niey ? haihh *

Err , sorry . Dah lari topik dekat atas tu . Hhee . Haihh . Ketandusan idea bagai di padang pasir dah niey . Tak tahu nk tulis ape dah . Urm . Fikir kejap .
-
-
-
-
-
-

Amoi oo . Da x bole fikir lagi lahh . Hhe . Byebye . Nyte . Dah pukul 3.13 pagi niey . Esok nak bangun liat pulak kang . Need to go now . Ily . chups chups .

Salam Maulidur Rasul u'olls .

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Sunday, February 13, 2011

:)

0 bebelan

Happy ! :) 

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Entah lah . Tak faham aku !

0 bebelan

Pretending that my eyes are itchy when I really can't hold the tears anymore
p/s : Aku macam tak percaya jee . Betul ke ? Attierra , betul ke ? Kenape mesti kau yang dye mesej ? Kenape bukan aku ?  So sad lah weyh ! 


Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Saturday, February 12, 2011

Mimpi .

0 bebelan


Sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu


Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu sayangg . 


Err , macam mana nak mula ni . Ketandusan idea lah . Hurm . Fikir kejap .
-
-
-
Haa ! Dah dapat dah ! Semalam aku MIMPI ! Jeng jeng jeng ! Aku mimpi dye . Entah macam mana nta aku bole MIMPI dye . Rindu sangat kot sebab dah seminggu dah tak jumpa . Tapi best ! Haha . Aku MIMPI dye call aku . So wonderfull doh ! Jarang dapat MIMPI macam niey . Harap harap jadi kenyataan . Haha *berangan sebentar* . Tak pe lah . Naqi  kate kadang kadang mimpi boleh jadi kenyataan . Haha . Tersengih sengih aku lepas bangun tido bila dapat MIMPI macam tu . *macam orang gila dah* . Then dalam MIMPI tu dye ade cakap something  . Malas lah nk cite ape yg dye cakap .Btw , aku rindu gile vavi dekat dye . 
Woi . Cepatlah balik . Nanti kite bole mesej . Borink lahh hai bile kau tak mesej aku . Mati kutu doh . Tak de mood aku nk mesej dengan orang lain selain kau doh ! Cepat lah ! Capat lah balek ! Rindu gile kat kau niey !
Haa . Lagi satu . Korang nampak tak lagu dekat atas tu ? Nampak tak , nampak tak ? Haa . Lagu tu sebenarnye untuk dye . *Kalau dye ade mase nk bace blog aku ni lah kan* Aku nak cakap dekat dye yang aku rindu dekat dye . Harap dye pun rindu dekat aku jugak *berangan lagi * . Tapi macam macam masalah lah yang ade . Tak pe lah . MIMPI semalam pun dah cukup kan ? Sekurang kurangnye aku dapat dengar suara kau dalam mimpi kau . Dah seminngu ta dengar suara kau niey . Nanti bile kau dah balek , aku nk call lah *gedik-gedik ! macam berani je* . Haha . Okay . Aku dah habis berangan dah ni . Idea banyak lagi sebenarnya , tapi cukup lah sampai sini . Nanti orang jemu . Aku mintak diri dulu . Byebye . Assalamualaikum . 

p/s : Yeah ! Akhirnye aku dapat mimpi kau ! Haha . Naqi kate kalau kite mimpi seseorang tu , maknenye dye rindu kite . Yeke ? Ehh . Ape ape je lahh . Btw , aku miss gile gile dekat kau , sayangg . Ilyfdm ! Miss u ! 

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Wednesday, February 9, 2011

Sekolah + Lepak + Gelak Ketawa + Jiwang = Aku Suka !

0 bebelan
Hoi hoi . Haha . Tadi aku pergi sekolah . Hari ni ade kokorikulum . Ye ! Aku terlambat sampai . Nasib baek tak kena denda . Haihh . Denda . Saye benci itu . Sampai je skola , terus pegi padang dekat belakang . Tengok tengok dorang dah beratur . Kelam kabut aku . Jalan pun nak cepat je . Aku masuk Kadet Polis . Permainan aku masuk Bola Jaring . Kadet Polis hari ni kena kawad . Huhu . Malas gila aku nak kawad . Tapi terpaksa jugakk la kan . Nanti kena marah pulak . Then lepas kawad , aku dengan kawan kawan aku pergi permainan pulak . Hari ni baru aku tau peraturan peraturan bola jaring dari pukul 9 pagi sampai la 9.45 . Sebelum ni aku tak pernah main bola jaring kot . Kalau main pun , main baling je . Haha .

Pukul 10 balik ! Dalam perjalanan nak keluar pintu gate sekolah tu kan . Ade sorang budak ( nama di rahsia kan ) cerita pasal clash clash dengan aku . Nak je aku cakap 'ohh yeah ? ! *dengan nada benci*'  Menyirap darah aku dengar . Tapi tahan je la . Dalam hati aku dah maki maki dah . Malas nak dengar cerita kau tu . Tak berfaedah pun lah ! 

Pukul 12.30 tengah hari pergi skola balik . Lambat jugak ! Entah kenapa hari ni asyik terlambat je . Pukul 1 , semua murid beratur . Cikgu cakap , budak budak perempuan form 1 pergi dekat dewan untuk ambik borang yang suntik suntik orang tu ! Borang Pelalian HPV . Then lepas cikgu bagi borang & taklimat sikit . Kiteorang kena masuk kelas seperti biase . Dalam perjalanan nak naik kelas tu kan . Aku dapat tengok benda yang tak elok dilakukan oleh kakak kakak dan abang abang senior ! Korang tahu ape dorang buat ? Ya Allah . Malu weyh nak cerita . Memalukan je . Tapi aku nak cerita jugak . Aku nampak ade kakak ni duduk atas pangku lelaki . Maybe dorang pasangan couple kot . Geli aku tengok . Rase nak sepak sepak je muke abang dengan kakak tu . Lantak korang lah . Korang yang buat bende tu . Aku tak buat . Tak payah nk kecoh sangat lah kan . Dosa dorang jugak yang dapat .

Okay . Kite pendekkan cerita . Aku cerita masa subjek Pendidikan Jasmani la . Tadi kiteorang main bola jaring dekat padang sekolah . Best la jugak . Group aku menang ! Haha *bangga . tapi bukan aku yang masukkan bola dalam net tu pn * . Tetibe aku kene marah dengan cikgu . Haha . * Malu malu * . Mane taknye . Aku dah cakap aku tak reti main bola jaring . Cikgu pakse jugak main . Main je la . Kang kena bebel . Hushh . Tak sanggup aku . Sakit telinga ! 

Lepas Pendidikan Jasmani , subjek Sivik . Kelas aku , cikgu sivik tak de . Dari bukak sekola masa bulan 1 hari tu mamang tak de cikgu . Time tu la aku lepak dengan kawan kawan aku *lepak dengan Nisa je . bukannye ramai pn * . Cikgu ganti suruh turun pergi dewan . Aku dah mati kutu tak tau nak buat ape kat dewan tu . So aku decide nak tulis lirik lagu dengan Nisa . Lagu 'Siapa Yang Rampas Cintamu' *Azmeer , aku dengar kau nyanyi semalam . * . Tapi kejap je kot kiteorang buat benda tu . Lepas tu kiteorang nyanyi nyanyi ! Aku suka menyanyi . Haha . Aku nyanyi lagu Siapa Yang Rampas Cintamu , Luahan Hati , Tak Ku Sangka Tak Ku Duga , Permaisuri & banyak lagi ! Tapi slow slow la . Kite orang berdua je yang boleh dengar . Ada lagu tu bagai nak mampos aku perah otak nak ingat lirik dye . Tapi tak dapat jugak . Then Nisa panggil Naqi . Dye pun professional jugak pasal lagu lagu ni . Tapi malangnya dye tak ingat jugak ! Adehh ==' . Susah betul . Bila time nyanyi saje saje boleh pulak ingat . Okayokay . Byebye . Nak tido . Esok nak sekolah . Nak jumpe Nisa ! Nak bagi dye lirik lagu yang aku dah salin !

p/s : cerita aku melalut . disebabkan keGELABAHan aku . mak aku da suruh tido . so , nyte nyte korang . 
p/s lagii : saye rindu babbya ! Ahaha !

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Tuesday, February 8, 2011

Awak , awak . Jangan lupe saye !

0 bebelan
Okay . Now , dye dah tak de . Dye pegi MRSM Kuala Klawang . Aku tak nak cerite banyak hari ni . Just nak cakap ' aku rase laen bila dye tak ade ' . Hari Ahad , dye text aku . Tp sekejap je kott sebab dye text pukul 11 malam nk dekat pukul 12 pagi . Then mesej mesej . *Aku nangis doe !* Haha . Masa pukul 12.30 pagi macam tu , dye kate dye ngantuk . Okay . Just go to sleep and stop texting me . Sebelum dye tido tu , dye kate nak text aku pagi semalam pukul 7.30 . Tapi tak de pun . Penat tunggu . Siap kunci jam lagi tahu ! But tak de mesej masuk pun . Hurm . Tak pe la . Its your decision . Aku tak paksa . Hurm . Dah pukul 12.30 pagi dah . Macam mane agaknye keadaan dye kat sane ek ? Dah tido ke belum ? Okay ke ? Kakak dye ade post something pasal dye kat fb semalam . Aku like semua post pasal dye . *Haha ulat bulu dah naik daun* Whoaah *menguap* ! Nak tido dah . Ngantuk sangat mate niey dah . Mata aku dah sepet -,- . Nyte nyte babbya ! Gonna miss you ! Hehe ,  Byebye . Assalamualaikum .

p/s : Awak awak . Take care kat sane . Don't forget me ya . imy , ily . chups chups . Malam niey nak mimpi awak . bole kann ? 
Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕

Sunday, February 6, 2011

back !

0 bebelan
Hey hey ! i'm back ! Yeah ! Setelah 6 hari 5 malam di kampung . Macam macam bende aku buat ! Penat kott . Kalau dekat Rembau tu , tak banyak bende yang aku buat sampai penat . Tapi , aku gile suke bile main petang petang kat rumah nenek aku . Kawasan besar . Senang nak main dengan sedare mare yang lain . Fuh fuh . Hari Jumaat petang baru idea keluar dari kepale nak main ape petang tu . So , kiteorang decide nak main 'baling seliper' . Ye , mula-mula aku tak tahu macam mane nk main bende ni . Lpas sedare aku terangkan , baru aku faham . Ohh begitu . Senang rupenye . Hoho . Group perempuan lawan group lelaki . Cehceh . Mase mule main tu semangat lah . Bile dah lame main tu , letih pun ade . Berpeluh-peluh aku di buatnye . Dan akhirnye group lelaki telah berjaye menewaskan group perempuan *hampa betol* . Ome la yang buat group lelaki menang ni . Adoyai . Tak pe , lain kali aku suroh ko masok group aku . Haha . Kau kalah kan lah dorang tu . Aku da malas nak tengok muke dorang je menang . *gile kejam* . Then malam tu , aku siap siap sebab nak balik kampung dekat Melaka pulakk .

Sampai Melaka , aku tengok Mak Long aku punye family je yang ade . Yang lain belom sampai lagi . Ade yang tak balik . Macam aku cakap dekat post yang sebelum ni . Ingatkan ramai yang balik . Rupenye tak . So , tak de la sempit tempat aku tidur . Senang hati . Tak payah berebut tempat tidur . Esok tu *Sabtu* , ade kenduri dekat kampung aku tu . Nenek aku buat kenduri ape ntah . Kenduri 'berkampung' ea name dye ? Ehh . Ape ape je lah . Ramai la jugak yang datang . Lepas semue orang dah balik , aku pergi dapur . Korang rase ape yang aku dapat ? Ye ! Aku dapat tugasan . Aku kene basuh semue pinggan mangkuk & cawan . Fuhh . Gile penat . First first buat tu tak penat sangat . Tapi bile pinggan ngan cawan dah banyak , penat gile . Sakit tulang belakang aku , sebab bongkok buat keje tu . But , best jugak dapat main air . Sampai aku selseme esoknye tu . Gile susah bile selseme . Makan pn tak rase ape . Lebih baik tak payah makan . Dapat jugak aku kurangkan berat badan aku yang menaik setelah dudok kat kampung tu . Okayokay . Stop here . Aku chaw dulu . Dah penat perah otak fikir nak tulis ape dah . Byebye . 

Thanks for reading my annoying story . ◕ ‿ ◕